Our Friendship

Daisypath Friendship tickers

Wednesday 21 November 2012

Result UPSR 2012

Assalamualaikum & Hye to all of the readers. How are you,guys? Sorry sebab lama tak update blog. We're quite busy right now. Okey, so guys. As you guys know, 19/11/12 adalah hari keputusan UPSR keluar. Allhamdulillah,SKSJ berjaya mendapatkan 6 orang sebagai pelajar 5a di dalam UPSR, 4a1b seramai 11 orang.

Syukur, allhamdulillah. Pelajar 6 Budiman seramai 5orang yang mendapat 5a manakala seorang lagi dari kelas 6 Dedikasi. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar 6Budiman!

Kita semua dah berjaya! Tiada yang gagal! Semua berjaya menjawab soalan UPSR, kegagalan bukanlah sesuatu yang buruk sebenarnya, ia hanyalah pengajaran untuk kita lebih berusaha pada masa hadapan. Apa pun, good luck in your life,guys!

Jangan pernah lupa friendship kita. Hope Our Friendship Lives And Never Dies. Dah berjaya, jangan lupa pulak dekat kawan-kawan 6 Budiman,ya? Jangan lupakan jasa guru-guru SKSJ yang banyak berkorban untuk kita.

To our teachers in SKSJ, thank you so much for teaching us. Maafkan kami sebab banyak buat salah dekat cikgu, terlanjur kata, terkasar bahasa, terfitnah semua, tersalah faham, terpukul kat mana-mana, tertinggi suara, tak serius dalam kelas, always main-main, tergurau tak tentu hala, and everyhting! Teacher, you are the best. Without you, we'll never success..maafkan kami sebab tak banyak luangkan masa dengan cikgu. Walaupun kita semua dah berpisah, kita tetap bersama. Dalam hati. Kita semua adalah satu. Cikgu, kami mohon kepada cikgu untuk mendoakan kejayaan kami. Jangan pernah lupakan kami,ya? We all really love you! Cikgu, take a good care of yourself! Tahun depan kami dah tak ada di SKSJ, semuanya sudah berpisah. Tak ada lagi yang nak tengokkan cikgu. Jadi, bakal cancidates UPSR 2013 yang akan jaga cikgu.

Walaupun kita dah berpisah, tapi kasih sayang dan ikatan yang terjalin tak akan dan tak pernah putus, hingga ke akhir hayat! Kita semua macam keluarga,kan? Buruk atau baik kita semua, harap dimaafkan! Kalau ada yang dendam ke , benci ke, marah ke, tak puas hati ke, just ignore it. Tolak perasaan negatif tu. Kita kan sebuah keluarga yang budiman? Saya, PKD 6Budiman, nak bagi pesanan, tahun depan, ada yang pergi asrama, ada yang  masuk sekolah lain2, ada yang berpindah , dan banyak lagilah..

Jaga diri. Jaga attitude. Jaga aurat. Jaga batas. Jaga perhubungan antara kawan. Jangan carik musuh. Berkawan biar seribu, bermusuh biarlah tiada. Kita masuk ke alam awal remaja ni, banyak rintangan dan godaan daripada senior-senior luar sana. Jangan ingat kita dah berusia 13 tahun, kita ingat kita ni dewasa. BELUM. Baru awal remaja. Terlalu muda untuk bersosial. SMK. Banyak sangat pelajar yang mengalami keruntuhan akhlak, keruntuhan moral, sosial nya ya amat..

SMK ni, tak ada cikgu nak tegur kita sangat, tak macam SK. Belajar berdikari. Belajar untuk menghormati. Belajar jadi seorang pelajar yang cemerlang & berdisiplin. Jikalau UPSR kita tak berjaya menggembirakan hati ibu bapa, make sure that SMK kita success with flying colours! Jadikan kegagalan UPSR/PSRA kita itu sebagai semangat untuk kita buktikan kepada semua orang, bahawa, KITA TAK GAGAL. Kalau masyarakat pandang rendah dengan kita, just biarkan diorang. Asalkan kita tau apa yang terbaik untuk diri kita.

Jangan carik gaduh. Jangan biadab. Yang paling penting, perempuan..tolong lah jangan percayakan lelaki sangat, kalau kita bercinta, cinta monyet je tau tak? Lelaki  pun, jangan menggedik bercinta, kesianlah dekat parents kita. Kita datang sekolah untuk menuntut ilmu, bukan bercinta. Saya pun dah insaf. Tak nak dah bercinta. Buang masa. Buang duit. Buang harga diri. Buang maruah.

Jaga maruah diri; Kalau korang dapat masuk asrama, jaga nama baik keluarga, sekolah dan diri sendiri. Biarlah satu dunia tau bahawa pelajar 6 Budiman , SKSJ tak lah seteruk yang mereka sangka. Jom kita buktikan kepada masyarakat, bahawa kita pun boleh berjaya. Jangan pernah menghina 6 Budiman 2012 jika tidak mengenali diri kami yang sebenar.

Akhir kata, semoga berjaya,kawan! Yang mintak MRSM tu, 10/12 ni ambil periksa kat MRSM pilihan masing-masing, termasuk saya lah, good luck! SBP pun, good luck semua! Study hard! Be the best, beat the rest! Be a great finisher! Make a final stand!

Yang menjalankan tugas,
Nurul Hannah Kamarulzaman,
PKD 6 Budiman 2012.


"What is defeat?  Nothing but education.. Nothing but the 1st step to success.."

Tuesday 6 November 2012

Keputusan PSRA 2012

Assalamualaikum! Hye, Morning guys! Apa khabar? ^_^ Saya nak bagitau satu important thing! Hari ni, para pelajar 6 Budiman yang pergi ke sekolah agama akan mendapat keputusan PSRA 2012!  PSRA? Apa tu..??

Penilaian Sekolah Rendah Agama. Sama taraf macam UPSR, dua2 sama penting. Wow..berdebar..!! Hope kami semua dapat MUMTAZ !! AMINNN!!

UPSR pula dah ditunda. Keputusan UPSR 2012 keluar pada 19/11/2012. Masa cuti! Ish..teruklahh! Tak dapat nak bersenang-lenang dengan lebih awal! Huhu! Sedeh betul~ takpelah! Asalkan keluar!

Petang ni, bagi pelajar 6 Budiman yang pergi ke Kafa-Integrasi Surau Al-Asmah, akan buat latihan khatam al-quran di samping mengemas dewan untuk hari esok. Majlis Khatam Al-Quran & Hari Anugerah. Selepas mengemas dewan, dalam petang sikit..barulah result PSRA keluar..

ya ALLAH..berdebarnya..nervous! Harap kami semua dapat MUMTAZ! Kami dah berusaha.., jadi, apa saja keputusan..kami redha je.. :)

That's all for today. Just nak inform pasal Result PSRA 2012. Sekian, wassalam.

Yang Menjalankan Tugas,
Nurul Hannah Kamarulzaman,
PKD 6 Budiman 2012.

Monday 5 November 2012

Salam Perkenalan!

Assalamualaikum & Hye to all of the readers! Actually.., kitorang ni dari kelas 6Budiman, SKSJ , 43000 Kajang,Selangor. Allhamdulillah.., sudah hampir 11bulan kami bersama..merentasi halangan..juga menempuhi dugaan bersama-sama..

Bohonglah kalau kami kata, kami TAK PERNAH bertekak..adatlah tu..misunderstood..haha! Ok..terutamanya..saya nak perkenalkan, guru kelas kami, yg pertama.., Puan Haslina Yahya.., seorang guru yang tegas tetapi juga lembut.., bicaranya penuh dengan budi bahasa..hanya mengajar kami selama 2bulan kerana berpindah ke sekolah lain..

Setelah itu, kami pun mendapat seorang guru yang teramat garang pada mulanya. Mula2, memanglah garang sebab nak didik kami yg banyak kerenah ni.., tapi lama2, baru kami sedar..cikgu ni seorang yg sporting..gila2 sama cam kitorang..boleh bawak berbincang..yeahh...itu dia..Puan Nadira Idari binti Sufa'at. Berasal dari negeri yang terkenal dengan kuda kepang, Johor Bahru. Sudah berumah tangga dan mempunyai seorang cahaya mata. Suaminya bekerja sebagai seorang guru Matematik manakala beliau pula seorang guru Sains. Mendapat anugerah guru cemerlang Sains, tahniah,cikgu! Beliau juga berumur 32 tahun.

Kelas kami mempunyai seramai 35 orang murid. Semua sporting2, nakal2, tapi tetap focus dalam pelajaran. Kami akui, kami memang banyak buat kesalahan, segala silap & salah, dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, harap dimaafkan..sesungguhnya kami hanyalah insan biasa yg tak lepas dari membuat kesalahan.

Ketua kelas kami : Muhammad Amir Qayyim bin Aszeli. Kerjanya main game di muka buku 24hours non stop je. Bab buku & pas keluar, kedatangan murid lelaki je. Penolong ketua kelas, Nurul Hannah binti Kamarulzaman. Saya ! Saya jaga kelas, jaga disiplin 6Budiman.., kalau saya mengamuk.., jangan berani tegur..mesti kene `baham'!
Kelas kami juga mempunyai sepasang kembar.., lahir pada tahun lompat..! Iaitu, saya dan juga kakak kembar saya, Nurul Izzah.

Baiklahh! Sekarang, saya nak perkenalkan ahli2 6Budiman 2012.

  • Nurul Izzah bt Kamarulzaman
  • Nurul Hannah bt Kamarulzaman
  • Alissa Saidatul Husna bt Mat Arof
  • Nurin Syafiqah bt Ahmad Fairuz Rizal
  • Najihah binti Md.Nasir
  • Muhammad Haikal bin Abdullah
  • Nurul Alia Syamimi bt Abdullah Syahibu
  • Muhammad Haidi Hykal bin Abdullah
  • Aini Sakinah bt Ahmad Subki
  • Noor Shahfinah bt Shahak
  • Muhammad Zulfikar bin Asmar
  • Muhammad Haikal Muhaimin bin Mohd Hasri
  • Nur Athirah bt Sabihin
  • Muhammad Shahril Adzim bin Nazri
  • Nur Iman Izzati bt Zolkhornain
  • Ku Muhammad Azamudin bin Ku Nawawi
  • Muhammad Amir Qayyim bin Aszeli
  • Muhammad Azri Afif bin Azmi
  • Maryam bt Jamaluddin
  • Nur Liyana bt Shahrudin
  • Siti Zuliana bt Dzulkifli
  • Nur Fatihah Najwa bt Amzah
  • Muhammad Afif Fakrullah bin Zulmane
  • Nazeem bin Razali
  • Nur Diyanah bt Khalid
  • Noramirah Nasuha bt Kamal Azuan
  • Nur Aishah Fatehah bt Sarip
  • Nurlisa Asreen bt Sharulyzam
  • Mohd Harraz bin Mohd Ali
  • Muhammad Al-Hafiz Syazwan bin Sahlan
  • Siti Hanisah bt Mohd Zubir
  • Alif Danial bin Alfasah
  • Fikri Iskander bin Hanaffi
  • Nur Khairunnajwa bt Shamsul Adzhar
  • Raqibah Batrisyia bt Saaidin
:D Ramai kan? kalau nak tauu..kitorang semua ni sporting2..,semua sekepala..gila2..hahah! Tak sangka..esok semua nak graduate dah.., ada jamuan akhir tahun sekali..sedih kan..? Dh 6 tahun duduk SKSJ, and now..nak tinggalkan sekolah..tahun ni. tahun terakhir kami semua dalam zaman kanak2..tahun depan dah menginjak ke alam awal remaja..harap kami semua tak akan putus hubungan macam tu aje..

Hope Our Friendship Lives And NEVER Dies!

Salam Sayang Daripada Saya,
Nurul Hannah Kamarulzaman
(PKD 6Budiman)